Wednesday, October 24, 2018

Hikmah

Sampai satu saat,
Yang Maha Esa menguji,
Erti kehilangană…ˇ kosong,
Mulalah hidup bertanya Tuhan kenapa.

“Andai saja dapat ku undur detik” mula meniti di minda,
Mulalah hati bermuhasabah meratap kepergian insan.

Rindu teramat dalam,
Semakin sedar akan ketiadaan suatu jiwa,
Hati meronta namun tiada daya,
Pasrah namun longlai.

Siapa saja pasti pernah merasa kehilangan,
Kerana berpegang pada “Satu pertemuan berakhir perpisahan”,
Lalu lebih menghargai yang masih ada,
Meraih hati insan-insan sekeliling.

Maka terbukti hikmah Allah SWT,
Satu kematian dapat menghidupkan jiwa.

12:50PM • 25102018